30 October 2011

PERANAN GURU PEMULIHAN KHAS

Pengenalan

Dalam konteks sekolah rendah, Program  Pendidikan Pemulihan Khas merupakan tindakan yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira.

Peranan Guru Pemulihan Khas

  1. Peranan Penilaian (Assessment Role)
·         Menyedia dan menjalankan ujian saringan untuk mengenal pasti murid-murid yang menghadapi masalah penguasaan kemahiran asas 3M.
·         Menjalankan ujian diagnostik untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh murid secara khusus.
·         Menjalankan  penilaian berterusan dan merekod dengan rapi dan sistematik.

  1. Peranan Preskriptif (Prescriptive Role)
·         Merancang, menyedia dan melaksanakan program secara individu bagi  murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran yang tertentu.
·         Mengadakan bengkel atau demonstrasi pengajaran pemulihan sekiranya diperlukan.

  1. Peranan Pengajaran (Therapeutic Role)
·         Mengajar dengan menggunakan berbagai pendekatan dan kaedah serta penggunaan bahan dan aktiviti yang berfungsi  agar objektif-objektif pembelajaran khusus dapat dicapai.
·         Menilai dan merekod prestasi  murid dari semasa ke semasa.
·         Mengajar bersama-sama dengan guru kelas secara ‘team-teaching’ atau ‘khidmat damping sekiranya perlu.

  1. Peranan Khidmat Bantu (Supportive Role)
·         Membantu guru-guru merancang dan mengubah suai aktiviti-aktiviti dan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran.
·         Membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada guru-guru mengenai teknik-teknik mengajar kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran.

  1. Peranan Perhubungan (Liaison Role)
Berhubung dengan:
·   Pentadbir  sekolah –Guru Besar dan Penolong Kanan
·   Guru-Guru lain – guru kelas dan guru subjek
·   Ibu bapa dan waris
·   Masyarakat
·   Khidmat sokongan – pegawai perubatan, kaunselor dan agensi luar.

  1. Peranan Kaunseling (Counseling Role)
·         Memupuk hubungan mesra (rapport) dengan murid dalam suasana yang bebas dari ancaman
·   Menolong mengubah tingkah laku murid ke arah yang positif.

  1. Peranan Advokasi (Advocative Role)
·         Wujudkan jaringan hubungan sesama guru pemulihan khas sama ada di peringkat  PKG, daerah malah sehingga ke peringkat  negeri.
·         Dedahkan apa yang dibuat kepada rakan sejawat, pentadbir sekolah dan juga para waris melalui program ‘reach out’ atau ‘outreach’.

No comments:

Post a Comment