PEMULIHAN KHAS
SEKOLAH KEBANGSAAN DATIN FATIMAH 06300 KUALA NERANG KEDAH
13 January 2012
30 October 2011
PERANAN GURU PEMULIHAN KHAS
Pengenalan
Dalam konteks sekolah rendah, Program Pendidikan Pemulihan Khas merupakan tindakan yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira.
Peranan Guru Pemulihan Khas
- Peranan Penilaian (Assessment Role)
· Menyedia dan menjalankan ujian saringan untuk mengenal pasti murid-murid yang menghadapi masalah penguasaan kemahiran asas 3M.
· Menjalankan ujian diagnostik untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh murid secara khusus.
· Menjalankan penilaian berterusan dan merekod dengan rapi dan sistematik.
- Peranan Preskriptif (Prescriptive Role)
· Merancang, menyedia dan melaksanakan program secara individu bagi murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran yang tertentu.
· Mengadakan bengkel atau demonstrasi pengajaran pemulihan sekiranya diperlukan.
- Peranan Pengajaran (Therapeutic Role)
· Mengajar dengan menggunakan berbagai pendekatan dan kaedah serta penggunaan bahan dan aktiviti yang berfungsi agar objektif-objektif pembelajaran khusus dapat dicapai.
· Menilai dan merekod prestasi murid dari semasa ke semasa.
· Mengajar bersama-sama dengan guru kelas secara ‘team-teaching’ atau ‘khidmat damping sekiranya perlu.
- Peranan Khidmat Bantu (Supportive Role)
· Membantu guru-guru merancang dan mengubah suai aktiviti-aktiviti dan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran.
· Membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada guru-guru mengenai teknik-teknik mengajar kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran.
- Peranan Perhubungan (Liaison Role)
Berhubung dengan:
· Pentadbir sekolah –Guru Besar dan Penolong Kanan
· Guru-Guru lain – guru kelas dan guru subjek
· Ibu bapa dan waris
· Masyarakat
· Khidmat sokongan – pegawai perubatan, kaunselor dan agensi luar.
- Peranan Kaunseling (Counseling Role)
· Memupuk hubungan mesra (rapport) dengan murid dalam suasana yang bebas dari ancaman
· Menolong mengubah tingkah laku murid ke arah yang positif.
- Peranan Advokasi (Advocative Role)
· Wujudkan jaringan hubungan sesama guru pemulihan khas sama ada di peringkat PKG, daerah malah sehingga ke peringkat negeri.
· Dedahkan apa yang dibuat kepada rakan sejawat, pentadbir sekolah dan juga para waris melalui program ‘reach out’ atau ‘outreach’.
CARTA GANT
PELAN TINDAKAN
PERKARA | PIHAK YANG TERLIBAT | BAHAN/ PERBELANJAAN | PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB | TARIKH SASARAN | HASIL YANG DIJANGKA | PETUJUNUK KEJAYAAN |
Menyediakan jadual waktu | Guru Pemulihan Khas | Kertas A4 Kertas Jadual Waktu Kelas (saiz besar) | Guru Pemulihan Khas | Januari | Kelas Pemulihan berjalan lancar mengikut waktu yang ditetapkan | Semua murid yang terlibat dapat belajar dengan berkesan |
Penyediaan Bahan-bahan Pembelajaran | Guru Pemulihan Khas Pihak Pentadbir | Kertas A4 Kertas Warna Manila Kad Strowboard Mounting Board Plastik Liminator | -Guru Pemulihan Khas -Pihak Pentadbir -AJK Panitia Pemulihan -Guru-guru | Januari hingga November | 100% siap, ceria dan kondusif | Penggunaannya menggalakkan sistem P&P berjalan lancar dan menarik minat murid |
Pengajaran dan pembelajaran | Guru dan Murid Pemulihan Khas | Bahan Bantu Mengajar | Guru Pemulihan Khas | Januari hingga November | Murid berminat untuk belajar | Sesi P&P berjalan lancar, menarik dan berkesan |
Penilaian | Guru dan Murid Pemulihan Khas | Item Ujian IPP 3M Soalan akhir KIA2M | Guru Pemulihan Khas | Januari, Mei dan Oktober | Prestasi celik 3M meningkat | 70% murid lulus ujian penentu |
Pemantauan | Guru Besar GPK Kurikulum Pegawai Pendidikan Pemulihan Khas Daerah | Guru Besar GPK Kurikulum Pegawai Pendidikan Pemulihan Khas Daerah | Januari hingga November | Murid celik 3M meningkat Proses P&P berkesan | Kerjasama semua pihak amat menggalakkan | |
Perjumpaan ibu bapa / penjaga dengan guru pemulihan khas | Guru Pemulihan Khas Ibu bapa / Penjaga Pentadbir | Surat jemputan perjumpaan | -Guru Pemulihan Khas -Pihak Pentadbir | Mei dan Oktober | Ibu bapa / penjaga memberi kerjasama | Kerjasama antara pihak sekolah, guru pemulihan khas dan ibu bapa / penjaga baik. |
CARTA GANTT PERANCANGAN AKTIVITI PANITIA PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS
BIL | AKTIVITI/BULAN | JAN | FEB | MAC | APR | MEI | JUN | JUL | OGOS | SEPT | OKT | NOV | CATATAN | |
1. | Mesyuarat Panitia | * | * | * | * | |||||||||
2. | Pencalonan Murid | * | * | |||||||||||
3. | Ujian Saringan | * | * | |||||||||||
4. | Ujian Diagnostik | * | * | |||||||||||
5. | Mengedar Jadual Waktu | * | ||||||||||||
6. | Mengemaskini Bilik Sinar Harapan | * | * | * | * | * | * | * | * | * | * | * | ||
7. | Mengumpul Sukatan Pelajaran | * | * | * | ||||||||||
8. | Pengajaran dan Pembelajaran | * | * | * | * | * | * | * | * | * | * | * | ||
9. | Penilaian | * | * | |||||||||||
10. | Membuat Bahan Bantu Mengajar | * | * | * | * | * | * | * | * | * | * | * | ||
11. | Ujian IPP3M / KIA2M | * | * | * | ||||||||||
12. | Kelas tambahan pada hari Sabtu bekerja | * | * | * | * | * | * | * | * | * | * | * | ||
13. | Program Bersama Minggu Pusat Sumber | * | ||||||||||||
14. | Program Nilam | * | * | * | * | * | * | * | * | * | * | * | ||
15. | Program Bijak Mengira | * | * | |||||||||||
16. | Kemahiran Kreatif | * | * | |||||||||||
17. | Tulisan Kreatif | * | * | * | * | * | * | * | * | * | ||||
18. | Perjumpaan dengan Ibu bapa / Penjaga | * | * | * | ||||||||||
19. | Kemaskini fail dan dokumentasi | * | * | |||||||||||
20. | Lawatan kerja dari guru-guru sekolah lain | * | Bila-bila masa | |||||||||||
21. | Menghantar murid memasuki pertandingan daerah | Bila-bila masa |
Subscribe to:
Posts (Atom)