11 March 2011

GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS

PENGENALAN
Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) semenjak tahun 1960an bagi membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah khusus dalam pembelajaran iaitu menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira ( 3M ). 
Pada tahun 1983, sistem pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Kurikulum baru ini merupakan satu usaha untuk kembali semula kepada asas pendidikan dengan memberi fokus kepada 3M dan murid-murid yang tidak menguasainya dibantu melalui Program Pemulihan Khas. Pengajaran dan pembelajaran pada Tahap 1 (Tahun 1-3) akan membolehkan guru-guru mengenalpasti murid-murid yang mempunyai masalah penguasaan asas 3M. Seterusnya pihak sekolah berusaha menyediakan Program Pemulihan Khas bagi mengatasi masalah penguasaan asas 3M.
Fokus ke arah membasmi masalah 3M ini turut termaktub di dalam teras ketiga : Memperkasakan Sekolah Kebangsaan dan teras keempat : Merapatkan Jurang Pendidikan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006–2010 . Melalui kedua-dua teras ini, beberapa pelan tindakan dirancang untuk memastikan murid-murid menguasai kemahiran asas 3M pada tahap 1. KPM akan memperkasakan Program Pemulihan Khas dengan menaik taraf kelas pemulihan dan menyediakan guru pemulihan khas terlatih yang mencukupi termasuk di Sekolah Kurang Murid (SKM).
Selaras dengan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Program Pemulihan Khas juga mengalami perubahan dalam pengajaran matematik yang kini diajar dalam bahasa Inggeris.

2. DEFINISI
2.1 Definisi Program Pemulihan Khas
“Satu program pendidikan disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus.”

2.2 Definisi Murid Pemulihan Khas
“Murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif”.

2.3 Matlamat
Memastikan semua murid Tahap 1 menguasai kemahiran asas 3M.

2.4 Objektif
Setelah mengikuti program ini murid dapat:
a) menguasai kemahiran asas 3M
b) meneruskan pembelajaran di kelas biasa
c) membina keyakinan diri dan positif terhadap pembelajaran.

3. Punca dan Bidang Kuasa
Surat Siaran Kementerian Pelajaran (yang masih digunapakai)
3.1 Surat siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil. KP(BS)8594/Jld.11/(32)bertarikh 22Jan. 1985.
(Guru Khas Pendidikan Pemulihan)
3.2 Surat siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil.KP(BS)8502/5/PK/Jld.V(26) bertarikh 28Jan.1986.
(Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah Rendah)
3.3 Surat siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil.KP(BS)8502/PK/Jld. V(29) bertarikh 17Mac.1986
(Pengawasan dan Penyeliaan Program Pemulihan)

4. TATACARA PELANTIKAN GURU PEMULIHAN KHAS
Berikut adalah tatacara yang mesti diikuti dalam melantik guru pemulihan khas.

4.1 Kelulusan Ikhtisas Guru Pemulihan Khas
Bagi mempastikan keberkesanan serta menjamin tahap kualiti pengajaran dan pembelajaran di Kelas Pemulihan Khas adalah dicadangkan kriteria kelulusan berikut diambil kira:
a) Diploma Khas Pendidikan Pemulihan Khas (KDPSijil Perguruan Khas Pendidikan Pemulihan Khas (KSPK)- Setahun
b) Sijil Kursus Dalam Cuti (KDC) Pemulihan Khas 6 Bulan
c) Sijil Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) Pemulihan Khas 14 Minggu
d) Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas (Pemulihan Khas)

4.2 Pertimbangan semasa pelantikan
Pertimbangan berikut hendaklah diambil semasa perlantikan guru
pemulihan khas dibuat:
a) Keutamaan hendaklah diberikan kepada guru yang berkelayakan yang sedia ada di sesebuah sekolah.
b) Hanya seorang guru sahaja yang boleh dilantik sebagai guru
pemulihan khas bagi sesebuah sekolah. Sekiranya terdapat lebih daripada seorang guru yang terlatih dalam bidang pemulihan khas,langkah-langkah perlu diambil oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri/ Pejabat Pelajaran Daerah untuk menempatkan semula ke sekolah yang lain supaya kelas pemulihan khas dapat dijalankan di sekolah tersebut.
c) Dicadangkan supaya guru-guru yang berkualiti tinggi dilantik
menjadi guru pemulihan khas kerana mereka berupaya meningkatkan kejayaan murid-murid pemulihan khas. Oleh itu antara ciri-ciri guru pemulihan khas berkesan dan berkualiti yang disarankan dalam Ringkasan Laporan Kajian Pelaksanaan Program Pemulihan Khas di Sekolah Rendah tahun 2002 ialah mereka yang:
i) Mempunyai perasaan empati dan komited yang ditunjukkan kepada kebajikan murid-murid.
ii) Mempunyai pengetahuan luas mengenai kurikulum dan kandungannya.
iii) Mempunyai kemahiran pedagogi, iaitu mempunyai kebolehan menggunakan satu repertoire teknik dan strategi mengajar.
iv) Mempunyai keupayaan mengurus.
v) Cekap, berkemahiran tinggi, efektif, komited dan dedikasi terhadap tugas-tugas mereka.
vi) Kelayakan minimum bagi perlantikan guru pemulihan khas ialah kursus asas dan pendedahan pemulihan khas yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri/ Pejabat Pelajaran Daerah.
vii) Guru dalam kategori para (vi) akan diminta mengikuti Kursus Sijil Perguruan Khas Pendidikan Pemulihan Khas anjuran Bahagian Pendidikan guru.

4.4 Format Pelantikan
Pelantikan guru pemulihan khas dilakukan oleh Pengarah Pelajaran
Negeri dan dibuat secara bertulis. Surat pelantikan hendaklah formal
serta mengikut format surat pelantikan perjawatan yang biasa digunakan.
Cadangan format surat-surat pelantikan adalah seperti pada Lampiran

5. TATACARA PELAKSANAAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS
Proses perlaksanaan Program Pemulihan Khas adalah seperti dalam carta aliran berikut:
5.1 Pencalonan Murid
a) Pencalonan murid boleh dibuat oleh:
• guru mata pelajaran / guru kelas
• guru besar
• ibu bapa/ penjaga
b) Pencalonan adalah berdasarkan kepada pencapaian mereka dalam pelajaran Bahasa Malaysia atau Matematik.
c) Murid-murid boleh dicalonkan :
Untuk Tahun 1 : setelah tidak melepasi Ujian Pelepasan KIA 2M 3
Untuk Tahun 2
dan 3 : selepas meninjau prestasi murid dalam mata pelajaran asas pada tahun sebelumnya. Masa yang paling baik sekali ialah di awal tahun persekolahan.

5.2 Pengumpulan Maklumat
a) Butir-butir individu dan prestasi murid akan menolong guru pemulihan memahami murid yang dicalonkan. Ini akan membolehkan seorang guru pemulihan membuat keputusan sama ada murid itu akan mengikuti program pemulihan atau tidak.
b) Daripada rekod individu guru pemulihan dapat tahu tentang beberapa aspek penting seperti kesihatan, taraf ekonomi keluarga dan kebudayaan di rumah yang mungkin ada hubungan dengan kegagalan murid.
c) Kemajuan akademik dapat menunjukkan prestasi murid dalam mata pelajaran-mata pelajaran asas.
d) Lain-lain sumber maklumat ialah :-
i) Guru Besar boleh campurtangan berdasarkan peninjauan rekod murid, pemerhatian dan perhubungan.
ii) Guru kelas boleh menambahkan maklumat dengan mengambil tahu berkenaan dengan kehadiran, ketepatan masa ke sekolah, kadar dan taraf kerja, kebiasaan-kebiasaan serta perhubungan dengan murid-murid lain.
Ibu bapa boleh memberitahu tentang tingkah laku umum, kegemaran dan perkara-perkara yang ia tidak gemar serta sikapnya terhadap pelajaran.
iv) Borang rujukan yang boleh menunjukkan secara umum kelemahan-kelemahan murid.
d) Borang Rujukan mengandungi:-
i) kemahiran asas membaca
ii) kemahiran asas mengira
iii) tingkah laku di bilik darjah

5.3 Ujian Saringan
a) Fungsi:
Ujian Saringan bertujuan untuk menentukan calon yang layak untuk dimasukkan ke program pemulihan khas.
b) Instrumen:
i) Instrumen Penentu Penguasaan 2M (IPP2M) - mata pelajaran Bahasa Malaysia
ii) (Arithmatics Screening Test)- Mathematics

5.4 Ujian Diagnostik
a) Fungsi:
Ujian Diagnostik wajib dijalankan dengan tujuan untuk membantu GPK mengesan kawasan-kawasan kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh seseorang murid secara khusus dan seterusnya membentuk objektif pengajaran (baseline).
b) Instrumen:
Sebagai panduan untuk membina dan mentadbir Ujian Diagnostik, Guru Pemulihan Khas boleh merujuk Buku Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M) terbitan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (2000).
c) Analisis Ujian Diagnostik dan Pengamatan
Penganalisaan keputusan hendaklah dikumpul dan direkodkan dan diberi intepretasi dengan cermat untuk mempastikan masalah-masalah murid. (Sila rujuk Lampiran E)
Penyediaan Rancangan Pengajaran
Berdasarkan analisis ujian diagnostic, guru pemulihan khas dapat merancang pengajaran murid.
5.6 Pengajaran dan Pembelajaran
Ada dua perkara penting yang perlu diketahui oleh seorang guru pemulihan khas sebelum ia merancang pengajaran dan pembelajaran iaitu:-
a) apa yang diketahui oleh murid sebelum pengajaran dimulakan;
b) apa yang perlu diketahui oleh murid selepas guru mengajar.
5.7 Penilaian
Adalah penting bagi guru membentuk instrumen penilaian yang
didasarkan kepada mutu kerja dan tahap perkembangan kemahiran murid. Proses penilaian dijalankan setelah guru menganalisis keputusan ujian pra (ujian sebelum pengajaran) dan pos. Ujian diagnostik merupakan contoh terbaik ujian pra malah ianya juga boleh dijadikan ujian pos untuk melihat kemajuan murid selepas pengajaran. Di sini fungsi ujian ini bertukar dari mencari punca-punca masalah kepada mengesan kemajuan.
Bagi tujuan saringan dan pelepasan instrumen-instrumen berikut boleh dicadangkan:
a) Instrumen Penentu Penguasaan Membaca & Menulis (IPP2M).
i) IPP2M merupakan Instrumen piawai yang bersesuaian untuk menguji tahap penguasaan kemahiran asas 2M.
ii) Ia digunakan untuk menentukan tahap penguasaan kemahiran asas membaca dan menulis (2M) murid yang mengikuti program pemulihan khas.
iii) Berdasarkan rumusan yang dibuat, guru boleh membuat keputusan sama ada murid ini perlu meneruskan program pemulihan khas atau mengikuti pemulihan dalam bilik darjah atau mengikuti pembelajaran di kelas biasa.
b) Indicator for Mastery in Arithmatic
i) Instrumen piawai yang bersesuaian untuk menguji tahap penguasaan kemahiran asas mengira
ii) Digunakan untuk menentukan tahap penguasaan kemahiran asas mengira murid yang mengikuti program pemulihan khas. 
c) Penyimpanan Rekod
Bagi memastikan proses pemulihan dilaksanakan dengan berkesannya, penyimpanan rekod kemajuan tiap-tiap murid adalah sangat penting. Merekod hendaklah sejajar dengan pengajaran dan pembelajaran serta penilaian. (Sila rujuk Lampiran F)
5.8 Tindakan Susulan
Murid-murid yang telah melepasi Ujian Pelepasan mesti dikembalikan semula ke kelas biasa. Walau pun demikian guru pemulihan khas dan guru mata pelajaran akan sentiasa
mengikuti perkembangan murid tersebut dengan memberi
bantuan agar tidak terus terbiar dan boleh mengikuti
pembelajaran di kelas biasa. Keberkesanan tindakan
susulan dapat dicapai melalui beberapa pendekatan,
antaranya ialah :
a) Maklumat pencapaian murid diserahkan kepada guru Kelas.
b) Pemerhatian khusus dilakukan oleh guru darjah, guru mata pelajaran dan guru pemulihan khas.
c) Kerjasama antara guru kelas dan guru pemulihan khas.

6.0 TATACARA PENGURUSAN KELAS PEMULIHAN KHAS
a) Jadual Waktu
i) Agihan Waktu Mengajar
ii) Waktu Persediaan :
Waktu Panduan Dan Persediaan (4 x 30 minit =120 minit)
hendaklah dimasukkan dalam jadual waktu dan dinyatakan
aktivitinya dalam Buku Rekod Mengajar. Aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam Waktu Panduan dan Persediaan
adalah seperti berikut :

a. Membuat rundingan dengan ibu bapa atau penjaga murid.
b. Membuat persediaan bahan-bahan pengajaran dan
pembelajaran.
c. Mengemas kini rekod-rekod
d. Runding cara dengan guru kelas atau guru mata
pelajaran tentang perkembangan murid di kelas biasa.
f. Perbincangan dengan guru besar untuk meningkatkan
pencapaian murid.
g. Mengemas kini sudut-sudut pameran pembelajaran.
iii) Faktor penting dalam pengurusan jadual waktu:
a) Tentukan masa yang diperlukan mengikut keperluan kelas berpandukan jadual waktu induk sekolah.
b) Selaraskan dengan mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik.
c) Catatkan waktu panduan dan persediaan
d) Jadual waktu mestilah dipamerkan di Ruang Pengurusan dalam bilik darjah.
e) Jika perlu, dapatkan kerjasama daripada Jawatankuasa Pembentukan Jadual Waktu Sekolah.

6.1 Penempatan murid ke Kelas Pemulihan Khas
Disyorkan 3 alternatif seperti berikut :
a) Sekolah yang mempunyai 2 kelas atau lebih bagi sesuatu darjah , murid-murid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari kelas-kelas tersebut sekiranya bilangan murid pemulihan dalam sesuatu kelas itu hanya 3 atau 4 orang sahaja.
Walau bagaimanapun jumlah murid dalam satu sesi pemulihan hendaklah tidak melebihi 15 orang.
b) Sekolah yang mempunyai satu kelas bagi satu darjah, murid-murid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari darjah-darjah lain tetapi jumlahnya hendaklah tidak melebihi 15 orang.
c) Sekiranya murid-murid yang diambil untuk mengikuti kelas pemulihan datangnya dari satu kelas sahaja, maka bilangannya hendaklah dalam kadar 20% daripada bilangan murid dalam kelas tersebut. Pemilihan mana-mana satu alternatif hendaklah tertakluk kepada perundingan di antara Guru Kelas Khas Pemulihan dengan guru besar dan guru-guru asas.
6.2 Pengurusan Fail
a) Fail Individu Murid yang mengandungi dokumen
seperti berikut:
i. Borang Pencalonan.
ii. Profil Murid Pemulihan.
iii. Ujian Saringan dan Diagnostik
iv. Rekod Prestasi Ujian Diagnostik
v. Hasil Penilaian yang telah dijalankan.
vi. Catatan-catatan lain yang berkaitan dengan murid.
b) Fail Lembaran Kerja Bahasa Melayu/ Matematik (disediakan secara individu)
i. Rekod Prestasi Ujian Diagnostik
ii. Lembaran Kerja
c) Fail Jawatankuasa Pemulihan Khas Peringkat
Sekolah
d) Fail Data Murid
e) Fail Perancangan Program Pemulihan Khas
i. Pelan Tindakan Program
ii. Takwim program
iii. Carta Gantt aktiviti sepanjang tahun
iv. Jadual Waktu
v. Borang Tindakan Susulan
6.4 Rekod Kedatangan Murid
a) Rekod Kedatangan Murid di kelas pemulihan khas
hendaklah disediakan bagi merekod kehadiran murid setiap hari.
b) Rekod ini boleh dijadikan rujukan kekerapan kehadiran murid ke kelas pemulihan khas.

6.5 Peruntukan Kewangan
a) Dasar Sedia Ada:
Di bawah “Bantuan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling“(Pekeliling Kewangan Bil:2/91 – KP1573/17/jld.8(78)bth.11 Feb.1991). Bertujuan untuk bimbingan pendidikan bagi membolehkan kanak-kanak menerima pendidikan yang sesuai dengan bakat, tahap kecerdasan dan kebolehannya.
b) Pihak sekolah boleh juga menggunakan peruntukan PCG mata pelajaran yang difikirkan sesuai. Peruntukan di bawah matapelajaran Matematik dan Bahasa Malaysia boleh digunakan. (JPK sedang berusaha untuk mendapatkan peruntukan secara pukal khusus untuk program pemulihan khas).

7.0 PERANAN PENTADBIR
a) Peranan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)
i) Memastikan semua sekolah rendah diperuntukkan satu jawatan Guru Pemulihan Khas (GPKhas) dan mereka tidak termasuk dalam perkiraan peruntukan guru asas seperti dalam kelayakan peruntukan
guru.
ii) Memastikan Jawatankuasa Program Pemulihan Khas Negeri ditubuhkan dan berfungsi sepenuhnya.
iii) Memastikan guru-guru pemulihan khas di negeri
melaksanakan Program Pemulihan Khas dengan berkesan.
iv) Menjadikan Program Pemulihan Khas sebagai agenda utama dalam sasaran kerja tahunan (SKT) JPN.
v) Memastikan semua guru besar / pentadbir memahami prosedur pelaksanaan Program Pemulihan Khas.
vi) Membuat unjuran untuk mengurangkan murid yang belum menguasai kemahiran 3M di peringkat negeri.
vii) Memberi penekanan agar guru besar memastikan pengajaran dan pembelajaran pemulihan di dalam kelas biasa dijalankan di sekolah masing-masing.
viii) Memastikan guru-guru Pemulihan Khas dilantik oleh
Pengarah Pelajaran Negeri.
ix) Menjalankan pemantauan secara berkala di Program
Pemulihan Khas.
x) Merancang dan menyediakan kursus latihan untuk guru Pemulihan Khas.
xi) Merancang dan melaksanakan aktiviti yang berkaitan
dengan Pogram Pemulihan Khas.
xii) Menyediakan laporan berkala pencapaian program
pemulihan khas.
7.2 Peranan Pegawai Pelajaran Daerah (PPD)/Pegawai Pelajaran Gabungan (PPG)
a) Memastikan Semua sekolah rendah diperuntukkan satu jawatan Guru Pemulihan Khas (GPKhas) dan mereka tidak termasuk dalam perkiraan peruntukan guru asas seperti dalam kelayakan peruntukan guru.
b) Memastikan Jawatankuasa Program Pemulihan Khas
berfungsi sepenuhnya.
c) Memastikan guru-guru pemulihan khas melaksanakan Program Pemulihan Khas dengan berkesan.
d) Menjadikan Program Pemulihan Khas sebagai agenda utama dalam sasaran kerja tahunan (SKT).
e) Memastikan semua guru besar memahami prosedur
pelaksanaan Program Pemulihan Khas.
f) Membuat unjuran untuk mengurangkan murid yang belum menguasai kemahiran 3M di peringkat daerah.
g) Memberi penekanan agar guru besar memastikan kelas biasa dijalankan di sekolah masing-masing.
h) Menjalankan pemantauan secara berkala di Program
Pemulihan Khas.
i) Menyediakan laporan berkala pencapaian program
pemulihan khas.
7.3 Peranan Guru Besar
a) Memastikan Jawatankuasa Pemulihan Khas sekolah di
tubuhkan dan mempengerusikan Jawatankuasa Program Pemulihan Khas (rujuk lampiran).
b) Mengenalpasti dan mencalonkan guru pemulihan khas yang
terdiri daripada guru terlatih yang mempunyai latihan khusus dalam bidang Pemulihan Khas.
c) Memastikan Guru Pemulihan Khas dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri.
d) Sekiranya tiada guru seperti perkara 7.3(b) maka guru besar perlu melantik seorang guru yang menepati kriteria sebagai Guru Pemulihan Khas.
e) Sekiranya berlaku kekosongan jawatan Guru Pemulihan Khas, (seperti melanjutkan pelajaran, cuti bersalin dan
menunaikan haji) Guru Besar perlu melantik seorang guru terlatih dan mengikut prosedur para 7.3 (d)
f) Sebarang urusan pertukaran Guru Pemulihan Khas (opsyen/sekolah) mestilah mendapat persetujuan Jabatan Pelajaran Negeri terlebih dahulu.
g) Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT), guru bermasalah kesihatan, guru bermasalah disiplin, guru kontrak, guru pool tidak boleh dilantik sebagai GPKhas.
h) GPKhas berkhidmat sepenuh masa melaksanakan program pemulihan khas sebagaimana yang ditetapkan dalam surat Siaran KPM[ KP(BS)8502/5/PK/Jld.V(34)]. Oleh itu amalan melantik GPKhas sebagai guru ganti / mengajar sebahagian mata pelajaran di kelas biasa adalah tidak dibenarkan. Jabatan Pendidikan Khas
Kementerian Pelajaran Malaysia
16
Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas
(Edisi Percubaan)
i) Guru Besar hendaklah memberi pertimbangan sewajarnya agar Guru PemulihanKhas tidak dibebani dengan tugas-tugas yang boleh menjejaskan pengendalian kelas pemulihan khas (seperti Pengerusi Buku Teks, Pengerusi RMT, Setiausaha Sukan)
j) Kelas pemulihan khas tidak boleh ditutup oleh pihak sekolah tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada pihak jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia [Surat Siaran KP(BS)8502/5/PK/Jld.V(34)]
k) Menjadikan Program Pemulihan Khas sebagai salah satu agenda dalam sasaran kerja tahunan (SKT) sekolah.
l) Memastikan semua guru memahami prosedur pelaksanaan
Program Pemulihan Khas.
m) Membuat unjuran untuk mengurangkan murid yang belum
menguasai kemahiran pada pertengahan dan akhir tahun
serta dimaklumkan kepada semua guru.
n) Bertanggungjawab mewujudkan Jawatankuasa
Permuafakatan Ibu Bapa.
o) Memastikan data dikemukakan ke PPD dan JPN pada waktu yang ditetapkan.
p) Memastikan semua peralatan/bahan yang dibekalkan untuk
kelas pemulihan ditempatkan di dalam kelas pemulihan
khas.
q) Memantau dan mencerap pelaksanaan Program Pemulihan
Khas secara berkala.
r) Menyediakan kemudahan fizikal untuk Program Pemulihan
Khas seperti:
i) sebuah bilik darjah dengan keluasan 3 bay
khusus untuk kelas pemulihan khas sebagaimana dalam pelan asal dan surat penyerahan bangunan perlu dikekalkan sebagai kelas pemulihan khas (sekolah baru)
ii) Sebuah bilik yang kondusif berukuran 3 bay . Susunatur kelas ini tertakluk kepada pelan yang telah
Jabatan Pendidikan Khas
Kementerian Pelajaran Malaysia
17
Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas
(Edisi Percubaan)
diluluskan dalam projek brif RMK 9 seperti di lampiran.
iii) Sekolah-sekolah yang tiada kemudahan seperti dalam perkara (i) dan (ii) di atas hendaklah mengadakan ruang sekurang-kurangnya dengan keluasan 2 bay.
s) Menyediakan laporan berkala pencapaian program
pemulihan khas.


8.0 TANGGUNGJAWAB DAN SENARAI TUGAS
GURU PEMULIHAN KHAS
a) Merancang dan melaksanakan program pemulihan khas mengikut prosidur yang telah ditetapkan.
b) Membantu guru-guru mata pelajaran dalam hal:
- Mengenalpasti murid-murid yang memerlukan
pengajaran pemulihan.
c) Berjumpa dan berbincang dengan guru mata pelajaran, guru bimbingan, ibubapa, doktor, pegawai kebajikan dan pihak-pihak lain untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tingkah laku, tabiat, kesihatan dan lain-lain keterangan mengenai latar belakang murid.
d) Bertindak sebagai setiausaha Jawatankuasa Program Pemulihan Khas serta menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.
e) Mengadakan latihan perkembangan staf di peringkat sekolah atau daerah.
f) Tugas-tugas yang berkaitan dengan kebajikan murid- murid

9.0. PENUTUP
Garis Panduan ini mencadangkan tatacara dan amalan yang patut diikuti oleh semua guru pemulihan khas dan juga semua pihak yang terlibat dengan pelaksanaan program pemulihan khas dan akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa. Diharapkan ianya dapat memberi manfaat kepada semua pihak demi membantu murid-murid yang menghadapi masalah penguasaan asas 3M.

No comments:

Post a Comment